Monday, January 23, 2012

ITB PING PONG TOURNAMENT 2012 UPDATES

PARTICIPANT LIST


TIMETABLE






SINGLE EVENT GROUP TABLE



SINGLE EVENT FIXTURES



DOUBLE EVENT GROUP TABLE



DOUBLE EVENT FIXTURES






Friday, January 20, 2012

UPDATES

PARTICIPANTS LIST

TIMETABLE

SINGLE EVENT 'ROUND ROBIN'

DOUBLE EVENT 'ROUND ROBIN'
FIXTURES



Monday, January 16, 2012

Peserta peserta yang akan bertanding untuk anjuran terbuka ITB 2012 yang dianjur oleh kelab ping pong ITB

Jadual Perlawanan


·         Perlawanan bagi acara perseorangan lelaki (First Stage) iaitu ‘round robin’ akan berlangsung pada:
Ø  Selasa, 24hb Januari 2012  (4pm to 7pm)
Ø  Rabu, 25hb Januari 2012 (4pm to 8pm)

·         Pada hari Rabu itu juga akan dilangsungkan peringkat kedua (Second Stage) iaitu ‘knock-off stage’

·         Pada hari Khamis akan dilangsungkan acara bergu lelaki, acara persendirian perempuan dan acara bergu perempuan.

·         Buat sementara waktu, hanya satu kumpulan perempuan bergu yang menyertai acara bergu perempuan, dan jika sekiranya tidak ada peserta perempuan yang mendaftar mengikuti acara bergu perempuan, satu kumpulan perempuan itu dikira mendapat tempat pertama iaitu ‘emas’.

·         Susunan dalam kumpulan ditentukan melalui markah perlawanan yang dikutip. Dalam satu perlawanan, pemenang mendapat 2 markah perlawanan manakala pihak yang tewas mendapat 1 markah perlawanan. Sekiranya dua atau lebih pemain dalam satu kumpulan mempunyai markah yang sama, susunan mereka hanya ditentukan melalui keputusan antara mereka. Sekiranya markah perlawanan tidak dapat menentukan susunan pemain, susunan pemain akan ditentukan melalui nisbah menang/kalah, atau jika perlu, nisbah markah menang/kalah.

·         Jadual Perlawanan akan diumumkan melalui http://itb-ppc.blogspot.com

·         Pemain-pemain adalah bertanggung jawab untuk menjadi pengadil mengikut giliran sehingga ke peringkat kedua ‘knock-off stage’

Sunday, December 4, 2011

KEJOHANAN PING PONG TERBUKA INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI SEMPENA HARI TERBUKA AKTIVITI KOKURIKULUM 2012


PERATURAN – PERATURAN

1.      Nama Kejohanan ini ialah kejohanan Ping Pong Terbuka Institut Teknologi Brunei Sempena Hari Terbuka Activiti Kokurikulum (CCA) 2012.

2.      Penganjur
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Ping Pong Institut Teknologi Brunei Sesi 2011/2012

3.      Peraturan-peraturan
Kejohanan ini akan dimainkan menurut peraturan-peraturan International Table Tennis Federation (ITTF).
Pemain-pemain berpasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya warna baju yang sama, bagi membezakan pasukan yang berlainan.

4.      Kelayakan Pemain
Pemain pemain adalah terdiri daripada penuntut dan kakitangan Institut Teknologi Brunei sahaja. Graduan-graduan yang telah tamat pengajian pada tahun 2011 dialu-alukan mengambil bahagian..

5.      Masa dan Tempat
Kejohanan ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 dan 21 Januari 2012 dan akan akan mengambil tempat di bilik “GF27/GF28” atau “Concourse”.

6.      Acara
Acara yang akan dipertandingkan ialah:
i.                    Acara Persendirian Lelaki
ii.                  Acara Persendirian Perempuan
iii.                Acara Bergu Lelaki
iv.                Acara Bergu Perempuan

7.      Sistem Perlawanan
Semua acara akan dipertandingkan menurut sistem “round robin” untuk permainan terbaik daripada lima (best of five). Akan tetapi, sekiranya permainan lebih daripada masa yang telah dijadualkan, acara akan dipertandingkan untuk permainan terbaik tiga (best of three) dalam peringkat awal “round robin”.


8.      Tarik tutup penyertaan
Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Sabtu, 7 Januari 2011 Jam 4.30 petang.

9.      “Walkover”
Pemain yang gagal melaporkan diri lima belas minit selepas perlawanannya telah diumumkan menurut perlawanan adalah dikira sebagai menyerah kalah.

10.  “Tie break”
Susunan dalam kumpulan ditentukan melalui markah perlawanan yang dikutip. Dalam satu perlawanan, pemenang mendapat 2 markah perlawanan manakala pihak yang tewas mendapat 1 markah perlawanan. Sekiranya dua atau lebih pemain dalam satu kumpulan mempunyai markah yang sama, susunan mereka hanya ditentukan melalui keputusan antara mereka. Sekiranya markah perlawanan tidak dapat menentukan susunan pemain, susunan pemain akan ditentukan melalui nisbah menang/kalah, atau jika perlu, nisbah markah menang/kalah.

11.  Jadual Perlawanan akan diumumkan melalui http://itb-ppc.blogspot.com dan laman Facebook “ITB PPC”

12.  Hadiah-hadiah yang akan dianugerahkan dalam kejohanan ini adalah seperti berikut:
a)      Acara Persendirian Lelaki – Satu pingat Emas kepada johan, satu pingat Perak kepada naib johan dan satu pingat Gangsa kepada pemenang ketiga.
b)      Acara Persendirian Perempuan – Satu pingat Emas kepada johan, satu pingat Perak kepada naib johan dan satu pingat Gangsa kepada pemenang ketiga.
c)      Acara Bergu Lelaki – Dua pingat Emas kepada johan, dua pingat Perak kepada naib johan dan dua pingat Gangsa kepada pemenang ketiga.
d)     Acara Bergu Perempuan - Dua pingat Emas kepada johan, dua pingat Perak kepada naib johan dan dua pingat Gangsa kepada pemenang ketiga.

13.  Bayaran bagi penyertaan adalah $5 bagi acara persendirian dan $8 bagi acara bergu.

14.  Pendaftaran lewat daripada 4.30 petang 7 Januari 2012 tidak akan diterima.

15.  Penyertaan bolehlah dilakukan melalui E-mel dengan subjek “ITB OPEN” dengan menyatakan Nama, no. kemasukkan (jika ada) dan no. telepon.
Pembayaran melalui Hj Meraj Hj Suhaili (8823833) atau Norind Amsyar (8175571)

16.  Pemain-pemain adalah bertanggung jawab untuk menjadi pengadil mengikut giliran sehingga ke peringkat suku akhir perlawanan.