Monday, January 16, 2012

Jadual Perlawanan


·         Perlawanan bagi acara perseorangan lelaki (First Stage) iaitu ‘round robin’ akan berlangsung pada:
Ø  Selasa, 24hb Januari 2012  (4pm to 7pm)
Ø  Rabu, 25hb Januari 2012 (4pm to 8pm)

·         Pada hari Rabu itu juga akan dilangsungkan peringkat kedua (Second Stage) iaitu ‘knock-off stage’

·         Pada hari Khamis akan dilangsungkan acara bergu lelaki, acara persendirian perempuan dan acara bergu perempuan.

·         Buat sementara waktu, hanya satu kumpulan perempuan bergu yang menyertai acara bergu perempuan, dan jika sekiranya tidak ada peserta perempuan yang mendaftar mengikuti acara bergu perempuan, satu kumpulan perempuan itu dikira mendapat tempat pertama iaitu ‘emas’.

·         Susunan dalam kumpulan ditentukan melalui markah perlawanan yang dikutip. Dalam satu perlawanan, pemenang mendapat 2 markah perlawanan manakala pihak yang tewas mendapat 1 markah perlawanan. Sekiranya dua atau lebih pemain dalam satu kumpulan mempunyai markah yang sama, susunan mereka hanya ditentukan melalui keputusan antara mereka. Sekiranya markah perlawanan tidak dapat menentukan susunan pemain, susunan pemain akan ditentukan melalui nisbah menang/kalah, atau jika perlu, nisbah markah menang/kalah.

·         Jadual Perlawanan akan diumumkan melalui http://itb-ppc.blogspot.com

·         Pemain-pemain adalah bertanggung jawab untuk menjadi pengadil mengikut giliran sehingga ke peringkat kedua ‘knock-off stage’

No comments:

Post a Comment